Thursday, January 27, 2011

Jangan Bersedih....

“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita..”  

(Surah At-taubah, ayat 40)


Kesedihan itu hanya akan memadamkan api motivasi, membunuh semangat dan membekukan jiwa. Dan kesedihan itu ibarat demam yang membuat tubuh menjadi lemas dan tak berdaya. Mengapa berlaku sedemikian?

Kerana kesedihan hanya memiliki daya yang menghentikan dan bukan menggerakkan. Rahsia untuk menghidari itu semua adalah dengan menanamkan prinsip bahawa kesedihan adalah sesuatu yang boleh ditangani, bukan sesuatu yang tidak boleh dikawal hingga kita harus menyerah kepadanya. Kesedihan juga sama sekali tidak mendatangkan manfaat bagi hati, bahkan ia merupakan sesuatu yang amat disenangi syaitan. Oleh itu, syaitan selalu berusaha agar seseorang hamba itu bersedih utk menghentikan setiap aktiviti dan niat baiknya.

Bukan dicari-cari

Kesedihan itu bukanlah sesuatu yang dicari-cari dan bukan pula sesuatu yang kita semua harapkan, bahkan ia tidak mendatangkan sebarang manfaat. Oleh itu, Rasulullah s.a.w. sentiasa memohon perlindungan dari Allah agar dijauhkan dari kesedihan. Baginda selalu berdoa seperti berikut : “Allahumma inni auzubika minal hammi wal hazan..”; maksudnya: “ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kecemasan dan kesedihan..”

Kesedihan boleh mengotori kehidupan dan juga merupakan suntikan beracun yang berbisa bagi jiwa yg membolehkan mengakibatkan kelesuan, keluhan, dan kebingungan. Kesedihan juga boleh membawa kepada kemurungan yg menggelapkan hati dan akan membuat keseluruhan keindahan menjadi layu. Dengan kesedihan, keadaan yang baik berubah menjadi buruk dan kehidupan yang menggembirakan menjadi mati kerana kesedihan pada akhirnya akan menumbuhkan sifat pesimis dan penyesalan. Namun begitu, pada tahap tertentu kesedihan memang tidak dapat dihindari dan ia pasti akan dilalui oleh seseorang. Oleh itu, disebutkan bahawa para ahli syurga ketika memasuki syurga akan berkata ; “..alhamdulillahhill azi azhab annal hazan..” ( Surah Fathir, ayat 34 ) “segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita kami..” Ini menunjukkan bahawa mereka semua pernah mengalami kesedihan ketika hidup di dunia dulu.

Kesedihan Mendatangkan Pahala

Berbagai musibah lain juga turut menimpa mereka tanpa ada pilihan bagi mereka untuk menlak atau menerimanya. Apabila kesedihan itu datang, tidak ada kemampuan bagi jiwa untuk menghindarnya, maka kesedihan itu justeru akan mendatangkan pahala. Ini kerana kesedihan merupakan sebahagian daripada musibah atau cubaan. Oleh itu, ketika seorang hamba ditimpa kesedihan hendaklah ia sentiasa cuba melawannnya dengan doa dan cara-cara lain yang dapat mengusir kesedihan tersebut.

Jangan kamu bersedih

Ibnu abbas buta,& untuk menghibur hati dia berkata:
jika Allah sudah mengambil cahaya dari kedua-dua mataku

tetapi di dalam nurani & hatiku masih ada cahaya
Hatiku cerdik & akalku tidaklah bengkok
dimulutku ada yang tajam seperti pedang terhunus.

ketika saudara Duraid,Abdullah meninggal dunia;Duraid berkata:
Aku sudah memukul kuda kerananya hingga sedemikian rupa
hingga nampak padaku warna hitam yang pekat
Pukulan seseorang yang membela saudaranya
namun dia tahu bahawa manusia tidak akan kekal
Aku rendahkan emosiku sebab aku tidak mengatakan padanya
engkau bohong dan aku tidak bakhil atas apa yang ada di genggamanku

imam syafie berkata:

Biarkanlah hari-hari melakukan apa yang dia mahu
dan relakan jiwamu jika qadha sudah ditetapkan
Jika qafha sudah turun di tanah suatu kaum
maka tidak ada yang sanggup mencegahnya, tidak juga bumi dan langit

Abul atahiyyah berkata:

Berapa kali sesuatu yang engkau benci datang mengunjungimu yang Allah turunkan namun engkau tidak menyukainya?

Berapa kali kita takut akan kematian,namun ternyata kematian tidak kunjung tiba?

Berapa kali kita menyangka bahawa apa yang datang kepada kita adalah satu ketentuan dan akhir dari segalanya,namun ternyata itu malah semangat baru,kekuatan dan keselamatan?

Berapa kali kita merasa bahawa jalan yang kita lalui menjepit kita,tali yang kita pegang putus,dan bentabgan cakeralewa yang ada di depan mata kita tiba-tiba menjadi gelap,namun ternyata yang berlaku adalah kemenangan,bantuan, kebaikan dan khabar baik?

"katakanlah: "Allah menyelamatkan kamu dari bencana itu & dari pelbagai kesusahan"(surah Al-An`am:64)

Ini adalah pendapat saya pula,jawapan ada ditangan anda

Adakah apabila anda menangis & bersedih,anda mendapat apa yang anda mahukan?

Adakah anda tidak percaya pada Rukun Iman ke 6 (percaya pada qada & qadar)

Adakah anda boleh dikatakan orang beriman selagi tidak diujiNya?

Adakah anda dapat membuat pilihan antara dunia & akhirat,yang mana anda mahu?

Adakah anda tidak melihat pengajaran dari kisah para Anbia` & sahabat? Adakah mereka tidak diuji?

Apabila anda diuji,katakanlah. ..cukuplah bagiku Allah

Kita milik Allah & akan kembali padanya..ingatlah Allah,maka hati-hati akan menjadi tenang.

No comments:

Post a Comment